6016-802-5679 [email protected]
Part Time Forex Trader

Bagaimana bermula menjadi part time Forex Trader

Part Time Forex Trader Bukanlah Kerja yang Senang.... Betul atau Tidak? Jom baca lebih artikel di bawah.

Fuh… Salah satu topik yang hangat pada masa kini “bagaimana bermula menjadi part time forex trader”. And bukan senang nak menjelaskan topik ini sebenarnya. Menjadi part time forex trader bukanlah senang kerana terpaksa berdepan dengan kerja hakiki setiap hari. Saya akan berikan yang terbaik untuk menjelaskan mengenai topik ini. Inilah antara topik yang sering kali dipersoalkan di media sosial dan forum-forum online pada masa kini.

Baru-baru ini, ramai golongan muda muncul seperti cendawan di waktu pagi untuk berkecimpung di dalam dunia trading. Di mana ramai di antara mereka ini yang saya lihat mempunyai minat untuk menjadi seorang forex trader yang  namun tidak tahu bagaimana hendak bermula dan di mana harus mendapatkan maklumat yang terbaik dalam memulakan kerjaya sebagai seorang full time mahupun part time forex trader seperti saya. So jom saya kongsikan sedikit tips dan maklumat mengenai kerjaya sebagai seorang trader dan bagaimana nak bermula dari zero to hero.

Oops… Sebelum itu jangan lupa tekan butang share di bawah ini dan like fan page facebook forex4pro untuk mendapatkan tip-tip lebih banyak mengenai kerjaya sebagai seorang forex trader.

So, sebelum saya masuk ke topik utama iaitu “bagaimana bermula menjadi seorang part time forex trader”, anda kena tahu dahulu apakah maksudnya Forex Trader.

Menurut baby pips, forex merupakan pasaran global yang membenarkan pertukaran satu jenis matawang kepada matawang yang lain. Perkataan forex ini sebenarnya adalah daripada nama panjangnya iaitu:

Forex : Foreign Exchange

yang bermaksud pertukaran asing atau pertukaran matawang asing. Adakah anda tahu bahawa pasaran global forex mempunyai transaksi terbesar di dunia mengalahkan pasaran stok di New York, America (NYSE) di mana sehari saja forex menghasilkan tukaran sebanyak 5 TRILLION dollar trade volume dan NYSE hanyalah sebanyak 22.4 billion sehari. Kalau nak bandingkan saiz ini boleh tengok illustrasi kat bawah ini:

Sumber gambar dari Baby pips. link boleh tekan pada gambar.

Dah paham kan betapa besarnya pasaran forex ini sebenarnya.

Next ialah Trader? Perkataan inilah yang akan melekat pada sel-sel otak anda lepas ini. Fuh satu perkataan yang mempunyai seribu makna. Siapakah aku ini jika perkataan ini tak wujud. Mak kau hijau kot? Haha. Just kidding. So jom kita lihat pula apakah maksudnya perkataan trader ini. Saya pun teringin sangat nak tahu ne. hehe.

Ne kali kita ambil kat Cambridge pula. Menurut kamus Cambridge, trader bermaksud seseorang yang membeli ataupun menjual sesuatu benda (umum). Sebagai contoh, menjual buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, terdapat maksud lain dalam konsep pasaran forex pula, di mana trader didefinisikan sebagai seseorang yang membeli dan menjual saham syarikat mahupun matawang asing.

Nah sekarang kita sudah tahu apakah maksud kedua-dua perkataan ini iaitu Forex & Trader. So sekarang tinggal kita gabungkan sahaja perkataan Forex Trader ini menjadi satu dan automatik kita akan dapat maksud penuh apakah ini Forex Trader. Tanpa membuang masa, mari kita lihat apakah maksudnya Forex Trader ini.

Terdapat beberapa jolokan panggilan selain Forex Trader yang selalu kita dengar. Salah satunya ialah foreign exchange trader atau yang keduanya ialah currency trader. Forex trader adalah individu yang memperdagangkan, membeli atau/dan menjual matawang di pasaran tukaran asing.

Forex trader terdiri daripada golongan professional yang berkerja dalam sebuah syarikat pelaburan yang besar. Sebagai contoh syarikat JP Morgan Private Bank, Well Fargo, Citigroup, Morgan Stanley Wealth Management, bank-bank kecil dan banyak lagi sebenarnya. Golongan trader yang bekerja dalam syarikat-syarikat yang besar merupakan golongan trader yang dikelaskan sebagai gologan professional manakala terdapat juga golongan forex trader yang tidak bekerja dalam syarikat-syarikat pelaburan tersebut yang mana mereka menjadi forex trader atas dasar minat atau hobi ataupun untuk menjana pendapatan dan mengaut keuntungan dalam pasaran matawang.

Saya rasa sudah cukup jelas bukan penjelasan saya mengenai forex trader ini. Tanpa membuang masa jom kita masuk ke dalam part yang ditunggu-tungu iaitu part bagaimana memulakan kerjaya sebagai seorang part time forex trader?

Beberapa pakar ekonomi menjelaskan bahawa seseorang yang ingin menceburi bidang pelaburan matawang asing (forex) secara full time, seharusnya mempunyai Sarjana Muda Degree dalam bidang ekonomi atau pengurusan bisnes dan mempunyai pengalaman kerja di dalam syarikat pelaburan atau bank-bank kecil sekurang-kurangnya 5 tahun dan mempunyai master di dalam bidang ekonomi.

Janganlah bersedih. Saya belum habis lagi ini. Penyataan di atas tue adalah bagi mereka yang ingin bekerja secara full time di dalam syarikat-syarikat pelaburan yang besar sahaja dan ingin mengambil sijil Charted Financial Analysis (CFA). Hehe

Ianya tidaklah tertakluk sangat bagi mereka yang mempunyai minat untuk menjadi seorang part time forex trader walaupun tidak mempunyai sebarang sijil atau pengalaman di dalam bidang pelaburan saham matawang asing.

Namun demikian, ianya adalah bonus bagi anda yang mempunyai sijil atau pengalaman bekerja di dalam syarikat pelaburan kerana ia dapat membantu anda pada masa akan datang jika anda ingin menjadi seorang forex trader yang tidak terikat kepada mana-mana syarikat pelaburan.

Saya juga bukanlah seorang forex trader yang dilahirkan mempunyai sijil-sijil besar (CFA) dan tidak pernah mempunyai pengalaman bekerja dalam mana-mana syarikat pelaburan mahupun bank-bank kecil tetapi mampu menghasilkan pendapatan 4 – 5 angka sebulan berbekalkan ilmu, pengalaman dan juga dorongan orang-orang di sekeliling saya yang banyak memberikan saya semangat untuk tidak mengalah di dalam kerjaya sebagai seorang part time trader. So jika saya boleh anda pun pasti boleh.

Tanpa membuang masa yang dari tadi lagi buang masa kan. Haha. Jom saya kongsikan 5 tips bagaimana memulakan kerjaya sebagai seorang part time forex trader berpandukan fakta dan juga pengalaman selama 10 tahun menjadi seorang part time forex trader.

1. Forex Trader Harus Mempunyai Ilmu Yang Cukup

Menjadi seorang forex trader yang berjaya bukanlah sesuatu yang mudah. Anda harus mendidik diri anda setiap hari dengan meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai forex. Jangan sesekali berhenti untuk mempelajari benda yang baru. Jadikan ilmu sebagai kawan rapat anda. Apabila anda telah paham mengenai pasaran forex, barulah anda boleh beralih ke langkah yang seterusnya.

Jangan sesekali trade live akaun jika anda masih mempunyai keraguan dengan ilmu anda sekarang kerana kelak anda sendiri yang akan menyesal apabila berlaku kerugian yang besar ke atas akaun anda itu. Kesimpulannya, kekurangan ilmu adalah ibarat seperti seekor lembu yang masuk ke dalam kandang harimau. Bunuh diri lah ibaratnya.

Jadi ilmu apakah yang harus anda pelajari sekiranya anda ingin menjadi seorang forex trader yang berjaya? Kalau nak tahu anda kena mengikuti kelas online forex4pro. Jom join sekarang. Kalau bukan sekarang bila lagi nak bermula. 

“Without knowledge action is usless and knowledge without action is futile”.

2. Belajar daripada demo akaun dahulu

Mengapa anda perlu bermula trading di demo akaun dan bukannya di live akaun.

  • Demo akaun mengajar anda menggunakan platform metatrader dengan sistematik.
  • Trading demo akaun akan mengajar anda mengenai teknikal analisis dengan lebih cepat.
  • Trading demo juga dapat membantu anda mengenal pasti trading sistem yang anda akan gunakan bagi akaun live.
  • Trading demo akaun juga akan meningkatkan pengalaman anda trading.
  • Trading demo juga mengajar anda mengenali kepentingan pengawalan emosi semasa trade.
  • Selain itu trading demo juga akan mengajar mengenai pengurusan duit anda dalam akaun forex anda.
  • Dan yang terakhir sekali trading demo akaun dapat membantu anda mengenali kesilapan-kesilapan yang berlaku ketika trading. Sebagai contoh trade membabi buta tanpa mempunyai sebab yang kukuh mengapa perlu melakukan trade time itu.

Jadi sekiranya anda ingin bermula, pastikan anda trade menggunakan demo akaun terlebih dahulu.

Persoalannya sampai bilakah anda harus menggunakan platform demo akaun dan bila masa yang tepat untuk tukar kepada live akaun?

Jika anda ingin mengetahui lebih dalam mengenainya anda kena ikut kelas online forex4pro dan dapatkan informasi dengan lebih tepat dan cepat melalui professional trader. Klik di sini jika berminat nak join kelas online.

Persoalannya sampai bilakah anda harus menggunakan platform demo akaun dan bila masa yang tepat untuk tukar kepada live akaun?

Jika anda ingin mengetahui lebih dalam mengenainya anda kena ikut kelas online forex4pro dan dapatkan informasi dengan lebih tepat dan cepat melalui professional trader. Klik di sini jika berminat nak join kelas online.

3. Cari Mentor atau Guru untuk Ajar anda jadi Forex Trader

Salah satu penyebab mengapa ramai trader masih tidak boleh konsisten dalam trading mereka adalah apabila mereka menjadi seperti tikus membaiki labu. Mengapa saya katakan sedemikian? Ianya adalah kerana tanpa seseorang cikgu atau mentor, perjalanan kita untuk menjadi seorang forex trader sangat-sangat susah dan masa yang diambil untuk kita konsisten dalam trading memang payah. 

Pernahkah anda terpikir bagaimana susahnya jika kita tidak mempunyai seorang cikgu yang mengajar kita dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5? Begitulah juga dengan Trader. Kita memerlukan seorang cikgu yang mampu mengajar, mendorong dan membantu kita sehingga kita berjaya menjadi seorang trader yang berjaya. 

Pastikan anda mencari seorang guru trader yang mempunyai pengalaman dan ilmu yang cukup serta telah berjaya menjadi seorang trader yang konsisten. 

Oleh itu, carilah mentor yang sesuai dengan anda. Yang mana anda rasa selesa dan senang berkomunikasi serta mengambil berat mengenai anda dan tidak tinggalkan anda bersendirian apabila anda mengalami masalah seperti losing streak, mengalami margin call dan sebagainya. 

4. Cari Broker yang berkualiti!

BROKER!!! Banyak yang saya lihat pada hari ini syarikat-syarikat broker yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Ianya ekoran apabila statistik peningkatan jumlah pedagang matawang asing yang meningkat tahun demi tahun.

Beberapa nasihat dan tips yang boleh saya kongsikan kepada trader yang baru saja berkecimpung di dalam pasaran matawang, sebelum anda membuka sebarang akaun live, pastikan anda telah memeriksa latar belakang broker yang bakal anda gunakan. Jom lihat apakah ciri-ciri yang perlu anda tengok jika ingin memilih broker forex.

Pertama jika anda ingin memilih syarikat broker, anda kena tahu samada broker tersebut berdaftar atau tidak? Adakah anda tahu bahawa terdapat ramai scammer yang menyamar sebagai syarikat broker forex dan telah menipu ramai orang. Oleh itu pastikan anda memeriksa no pendaftaran broker tersebut sebelum membuka akaun forex anda. Jika anda ingin mengetahui bagaimana mengenal pasti broker yang berdaftar atau tidak, sila klik di sini.

Kedua, syarikat broker tersebut mempunyai reputasi yang baik. Syarikat broker yang mempunyai reputasi yang baik mempunyai ramai trader yang berdaftar dan juga mempunyai rating yang tinggi serta mendapat review yang baik dalam kalangan trader forex.

Ketiga, pastikan syarikat broker tersebut mempunyai servis yang baik dari segi pendaftaran yang bersistematik, customer servis yang mesra pelanggan serta mempunyai servis yang memuaskan dari segi tempoh pengeluaran (withdraw) dan kemasukan (deposit) duit ke akaun forex anda. 

Baca Lagi: Bagaimana memilih Forex Broker?

5. Tentukan modal permulaan anda

Salah satu aspek yang anda perlu titik beratkan sebelum bermula ialah dari segi pemilihan modal. Pemilihan modal adalah bergantung kepada jenis akaun forex yang broker anda sediakan. 

Terdapat beberapa jenis akaun forex yang selalunya forex broker sediakan. Antaranya ialah cent akaun, standard akaun dan premium akaun. Bagi broker Fxcitizen, minimum modal yang diperlukan adalah sebanyak 10 usd sahaja. 

Bagi trader yang baru bermula, saya nasihatkan agar anda tentukan modal anda melalui kemampuan anda. Jangan sesekali melampaui kemampuan anda. Pastikan modal yang anda gunakan ini adalah khas untuk trading forex dan bukan untuk perkara-perkara yang lain seperti perbelanjaan harian ataupun dana kecemasan anda. 

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of
TUTUP SEMULA

Dapatkan Tip-Tip Percuma Sekarang!

Join Telegram Group Forex4Pro

Dapatkan Tip-Tip Percuma Sekarang!

Join Telegram Group Forex4Pro