6016-802-5679 [email protected]

Analisis Teknikal USD/JPY : Oct 7 – Oct 11

Time Frame: Weekly Analisis

Gambar Rajah 1.0 ( Weekly Time Frame)

Pada minggu ini, price sekali lagi telah melakukan tekanan ke atas level 108.50 area Resistance yang kuat sebelum ini. Setelah beberapa minggu melakukan tekanan ke atas level 108.50, minggu ini kita dapat lihat bahawa buyer telah menang perperangan melawan seller. Sila rujuk gambar rajah 1.0 di atas. Sebelum itu jom kita lihat OHLC pada minggu ini.

OHLCPRICE
OPEN PRICE106.65
HIGH PRICE108.66
LOWER PRICE106.63
CLOSED PRICE108.35

Jadual 1.1 (OHLC)

Harga buka pada pasaran usd/jpy pada minggu ini ialah pada 106.65 manakala harga tertinggi pada minggu ini mencatat ketinggian harga 108.66 dan harga rendah pula adalah 106.63. Pada Sabtu jam 5.00am waktu Malaysia, harga tutup pada kadar 108.35. Perbezaan antara harga tertinggi dan terendah pada minggu ini ialah sebanyak 203 pips mengatasi jumlah pips minggu lepas yang hanya mencatat perbezaan sebanyak 3 pips sahaja di mana jumlah pips minggu lepas ialah 200 pips.

Analisis Teknikal: Jangkaan Minggu Depan

Support & Resistance

Gambar Rajah 1.2 (Support & Resistance)

Gambar rajah 1.2 cukup menjelaskan bahawa harga terkini tutup di kawasan resistance level dan dijangka price akan melakukan retracement dahulu sebelum melakukan tekanan semula ke atas (Bullish). Pada minggu ini saya lebih kepada bullish bagi S&R.

Candlestick

Gambar Rajah 1.3 (Bullish Engulfing Pattern)

Selepas mebentuk marubozu candestick pada minggu ini, dapat kita lihat bahawa price telah membentuk complete bullish engulfing pattern apabila telah menelan candlestick bearish minggu lepas. Selain itu pada gambar rajah 1.3 di atas, pada 3 minggu lalu, kita dapat lihat hammer candlestick telah terbentuk menandakan bahawa buyer telah control pasaran usd/jpy.  Pada minggu depan bagi trend weekly, saya lebih kepada Bullish sentiment kerana price membentuk confirmation pattern iaitu complete candlestick engulfing pattern. Apapun Trade at Your Own Risk!

ANALISISKEPUTUSAN
CANDLESTICKBULLISH
S & RBULLISH

Jadual 1.4.1 (KEPUTUSAN)

Time Frame: Daily

Bagi daily frame pula, saya hanya akan melakukan analisis bagi support & resistance level pada minggu ini.

Support & Resistance Zone

Gambar Rajah 1.5 (Support & Resistant Zoom In) 

Gambar Rajah 1.5 (Support & Resistant 2 Zoom out)

Jika dilihat melalui gambar rajah 1.5. & 1.6, kita dapat lihat bahawa hara tutup pada minggu ini telah mencecah kawasan resistance level yang sangat kuat. Pada minggu ini, price telah membuat satu zone support yang baru di level 107.00 dan naik sehingga level resistance di 108.50. Pada minggu depan, pasaran usd dijangka akan melakukan retracement di kawasan resistance sebelum meneruskan trend utamanya. Bagi S&R daily saya lebih kepada Bearish sentiment pada minggu hadapan.

Kesimpulan

Kesimpulan daripada weekly dan daily time frame, buyer mula memasuki pasaran usd/jpy apabila telah melakukan tekanan ke atas seller pada minggu ini apabila price naik dan dikawal oleh buyer. Namun apabila kita lihat pada daily time frame, price terkini telah mencecah level resistance yang kuat di 108.50 dan berkemungkinan akan melakukan penurunan semula pada minggu ini. Daripada kedua-dua analisis ini, pada minggu hadapan saya lebih kepada bearish bagi pasaran usd/jpy.

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of
TUTUP SEMULA

Dapatkan Tip-Tip Percuma Sekarang!

Join Telegram Group Forex4Pro

Dapatkan Tip-Tip Percuma Sekarang!

Join Telegram Group Forex4Pro