6016-802-5679 [email protected]

Analisis Teknikal GBP/USD : Sep 30-Oct 4

Time Frame: Weekly Analisis

Gambar Rajah 1.0 ( Weekly Time Frame)

Boleh tak saya skip analisis gbp/usd? hrmmm. Sangat jelas bukan pergerakan price hendak ke mana pada minggu depan? Bukan begitu? Secara keseluruhan kita sudah dapat melihat ke mana hala tuju pasaran GBP/USD pada weekly time frame.Weekly time frame menunjukkan pattern Descending Triangle yang menunjukkan bahawa akan berlaku penurunan bagi pasaran matawang gbp/usd.

OHLCPRICE
OPEN PRICE1.2297
HIGH PRICE1.2405
LOWER PRICE1.2204
CLOSED PRICE1.2331

Jadual 1.1 (OHLC)

Harga buka pada pasaran gbp/usd pada minggu ini ialah pada 1.2297 dan mencatat ketinggian pada level 1.2405 di mana jarak pips di antara open price dengan high price adalah sebanyak 108 pips, manakala price terendah dicatat pada minggu ini adalah 1.2204 di mana jarak pips di antara open price iaitu sebanyak 93 pips dan jarak di antara high price dengan lower price adalah sebanyak 201 pips pada minggu ini. Pada pagi sabtu jam 5.00am waktu Malaysia, pasaran gbp/usd telah tutup pada harga 1.2331.

Analisis Teknikal: Jangkaan Minggu Depan

Support & Resistance

Gambar Rajah 1.2 (Support & Resistance)

Jom kita beralih pada Support & Resistant level bagi weekly timeframe pula. Pada gambar rajah di atas, S&R indicator menunjukkan bahawa price masih lagi berpihak kepada bearish downtrend di mana pada 3 minggu yang lepas price telah melakukan rejection yang kuat pada kawasan zone support di level 1.2500 iaitu Minor BRN bagi weekly time frame. Saya berpendapat bahawa price akan meneruskan penurunan menuju level 1.2100 iaitu kawasan support area sebelum ini. Minggu depan bagi Support & Resistance saya lebih kepada Bearish Sentiment.

Candlestick

Di sini saya ingin membincangkan beberapa jenis pattern candlestick pada weekly time frame. Sebelum itu, kita kena kenal pasti dahulu major trend yang berlaku pada pasaran gbp/usd. Dengan menggunakan candlestick kita akan dapat mengenal pasti major trend bagi weekly time frame. Jom saya tunjukkan!

Gambar Rajah 1.3 (Evening Star CS)

Pada gambar rajah 1.3, anda boleh lihat pada kotak di atas pattern candlestick yang terbentuk beberapa minggu yang lalu ialah evening star candlestick pattern yang menandakan bahawa seller telah memasuki pasaran gbp/usd. Pada dua minggu yang lepas, candlestick weekly pula telah membentuk Long Legged Doji yang membawa maksud undecision market pada ketika itu. Selain itu, Long Legged Doji juga menandakan bahawa akan berlaku breakout pada pasaran gbp/usd. Pada minggu lalu pasaran gbp/usd telah melakukan breakout di mana seller telah mengambil alih pasaran gbp/usd apabila pada minggu tersebut candlestick yang terbentuk ialah Bearish Marubozu dan seterusnya telah membentuk Evening Star yang complete.

Gambar Rajah 1.4 (Inside Bar)

Jom kita lihat pula candlestick pattern di atas. Ramai trader akan salah anggap mengenai pattern di atas. Kebanyakkan trader akan melihat kepada single candlestick pada minggu ini yang telah membentuk pin bar bullish. Pada pandangan saya, apa yang saya lihat pada gambar rajah 1.4 adalah merupakan complete Inside Bar Pattern yang menandakan bahawa price akan melakukan breakout besar pada minggu depan. Apabila digabungkan dengan candlestick pattern Evening Star dengan pattern Inside Bar, saya lebih kepada bearish sentiment pada minggu depan. Apa-apa pun Trade at Your Own Risk.

ANALISISKEPUTUSAN
TRENDLINEBEARISH
S & RBEARISH
CANDLESTICKBEARISH

Jadual 1.4.1 (KEPUTUSAN)

Time Frame: Daily

Bagi daily frame pula, saya hanya akan melakukan analisis bagi support & resistance level pada minggu ini.

Support & Resistance Zone

Gambar Rajah 1.5 (Support & Resistant)

Pada minggu ini, Daily time frame telah berada pada kawasan resistance level sebelum ini di level Minor BRN 1.2300. Pada kawasan ini, buyer dan seller telah menunjukkan kekuatan masing-masing apabila price tidak dapat menembusi kawasan 1.2300 untuk meneruskan perjalannya ke kawasan zone support di area 1.2000 Major BRN. Pada minggu ini, saya lebih kepada Neutral bagi Daily Time Frame.

Kesimpulan

Jika kita bandingkan kedua-dua time frame iaitu time frame weekly dan time frame daily, kedua-dua mempunyai analisis yang berlainan di mana pada weekly time frame, price menunjukkan akan melakukan penurunannya pada Major BRN 1.2000 manakala pada daily time frame pula price masih lagi tidak dapat menentukan samada bullish atau bearish yang akan menang pada minggu depan. Namun begitu, secara keseluruhan saya lebih kepada bearish sentiment pada minggu ini dan neutral posisi pada daily timeframe.

Bagi anda yang ingin mengetahui bagaimana menjadi seorang Forex Trader, pastikan anda mengikuti perkembangan semasa di laman web forex4pro.my. Jangan lupa tekan butang share di bawah ini ya. Pastikan anda share agar bermanfaat kepada semua trader di luar sana.

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of
TUTUP SEMULA

Dapatkan Tip-Tip Percuma Sekarang!

Join Telegram Group Forex4Pro

Dapatkan Tip-Tip Percuma Sekarang!

Join Telegram Group Forex4Pro