6016-802-5679 [email protected]

Analisis Teknikal GBP/USD : Oct 7 – Oct 11

Time Frame: Weekly Analisis

Gambar Rajah 1.0 ( Weekly Time Frame)

Kembali lagi kita dengan Analisis terbaru bagi pasaran GBP/USD bagi minggu ini. Merujuk pada gambar rajah 1.0, secara keseluruhan pasaran matawang gbp/usd masih lagi dalam downtrend di mana descending triangle pattern telah terbentuk pada menandakan price akan melakukan breakout tidak lama lagi. Jom kita lihat harga OHLC bagi minggu ini.

OHLCPRICE
OPEN PRICE1.2310
HIGH PRICE1.2703
LOWER PRICE1.2189
CLOSED PRICE1.2667

Jadual 1.1 (OHLC)

Harga buka pada pasaran gbp/usd pada minggu ini ialah pada 1.2310 dan mencatat ketinggian pada level 1.2703 di mana jarak pips di antara open price dengan high price adalah sebanyak 393 pips, manakala price terendah dicatat pada minggu ini adalah 1.2189 di mana jarak pips di antara open price iaitu sebanyak 121 pips dan jarak di antara high price dengan lower price adalah sebanyak 514 pips pada minggu ini. Pada pagi sabtu jam 5.00am waktu Malaysia, pasaran gbp/usd telah tutup pada harga 1.667.

Analisis Teknikal: Jangkaan Minggu Depan

Support & Resistance

Gambar Rajah 1.2 (Support & Resistance)

Gambar rajah 1.2 menunjukkan zon support & resistance bagi weekly time frame untuk pasaran gbp/usd minggu ini. Pada minggu ini, kita dapat lihat sesuatu yang baru daripada trend gbp/usd di mana buyer telah berjaya menolak price level support level di 1.2700. Buyer juga telah dapat menembusi zone support di level 1.2500. Sebanyak 200 pips price menembusi kawasan support di 1.2500. Pada minggu depan kita akan berhadapan level support yang kuat di area 1.2700. Adakah buyer dapat menembusi level 1.2700? Atau ianya bersifat sementara sahaja dan meneruskan penurunan semula?

Candlestick

Gambar Rajah 1.3 (Big Bullish Candlestick)

Jom kita lihat candlestick pada minggu ini pula. Pada minggu ini, candlestick yang terbentuk adalah big bullish candlestick. Ianya menandakan bahawa buyer telah memasuki pasaran dengan mengalahkan seller selepas membentuk body candle yang besar minggu ini. Pada minggu depan bagi trend weekly, saya lebih kepada Neutral kerana price telah naik terlalu tinggi  sebanyak 514 pips pada minggu ini. Apapun Trade at Your Own Risk!

ANALISISKEPUTUSAN
TRENDLINEBEARISH
S & RNEUTRAL
CANDLESTICKNEUTRAL

Jadual 1.4.1 (KEPUTUSAN)

Time Frame: Daily

Bagi daily frame pula, saya hanya akan melakukan analisis bagi support & resistance level pada minggu ini.

Support & Resistance Zone

Gambar Rajah 1.5 (Support & Resistant)

Pada minggu ini, price telah berada pada kawasan resistance level sebelum ini di level Minor BRN 1.2700 selepas buyer melakukan breakout pada kawasan zone support di level 1.2500. Minggu ini kita dapat lihat zone support terbaru telah terbentuk pada kawasan 1.2225 yang mana sebelum ini merupakan zone resistance level di kawasan daily time frame bagi gbp/usd. Selepas beberapa bulan kalah kepada seller, minggu ini buyer bangkit semula dengan menunjukkan taringnya selepas melakukan penolakkan yang sangat besar sehingga dapat melakukan breakout pada level zone resistance di 1.2500. Level resistance pada kawasan 1.2500 merupakan zone yang bagi saya sangat kuat namun telah ditembusi oleh buyer pada minggu ini. Tahniah buyer-buyer sekalian kerana telah menggerakkan price ke arah bullish semula. Pada minggu depan, saya jangkakan bahawa price akan bermain-main di level 1.2700. Nantikan update bagi pasaran gbp/usd pada minggu hadapan.

Kesimpulan

Jika kita lihat pada time frame weekly, secara keseluruhan seller masih lagi mengawal pasaran gbp/usd. Namun minggu ini kita dapat lihat bahawa buyer telah mula mengorak langkah selepas mengalahkan seller pada minggu ini. Manakala pada time frame daily pula, price kini berada pada level resistance yang kuat di level 1.2700. Saya menjangkakan bahawa price akan berehat pada level 1.2700. Pada minggu depan saya lebih kepada neutral bagi pasaran GBP/USD.

Bagi anda yang ingin mengetahui bagaimana menjadi seorang Forex Trader, pastikan anda mengikuti perkembangan semasa di laman web forex4pro.my. Jangan lupa tekan butang share di bawah ini ya. Pastikan anda share agar bermanfaat kepada semua trader di luar sana.

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of
TUTUP SEMULA

Dapatkan Tip-Tip Percuma Sekarang!

Join Telegram Group Forex4Pro

Dapatkan Tip-Tip Percuma Sekarang!

Join Telegram Group Forex4Pro