6016-802-5679 [email protected]

Analisis Teknikal EUR/USD : Sep 30-Oct 4

Time Frame: Weekly Analisis

Gambar Rajah 1.0

Seperti gambar rajah di atas, menunjukkan bawah pada minggu ini matawang euro masih lagi kalah dengan matawang usd di mana pada minggu ini, price telah mencatat penurunan terbaru di level 1.0878. Sehingga kini, pasaran matawang euro telah jatuh sejak dua minggu yang lepas apabila price telah  menembusi level Big Round Number di level 1.1000 yang juga merupakan Major Big Round Number. Berikut merupakan jadual OHLC bagi minggu ini.

OHLCPRICE
OPEN PRICE1.0943
HIGH PRICE1.0999
LOWER PRICE1.0878
CLOSED PRICE1.0977

Jadual 1.1 (OHLC)

Harga buka pada pasaran eur/usd pada minggu ini ialah pada 1.0943 dan mencatat ketinggian pada level 1.0999 di mana jarak pips di antara open price dengan high price adalah sebanyak 56 pips, manakala price terendah dicatat pada minggu ini adalah 1.0878 di mana jarak pips di antara open price iaitu sebanyak 65 pips dan jarak di antara high price dengan lower price adalah sebanyak 121 pips pada minggu ini. Pada pagi sabtu jam 5.00am waktu Malaysia, pasaran eur/usd telah tutup pada harga 1.0977.

Analisis Teknikal: Jangkaan Minggu Depan

Channel Trendline

Gambar Rajah 1.2 (Channel Trendline)

Pada gambar rajah di atas, trendline indicator menunjukkan bahawa price masih lagi berpihak kepada bearish downtrend di mana price masih belum dapat menembusi kawasan channel trendline dan telah melakukan rejection pada sejak 2 minggu lepas sehingga minggi ini di mana price telah reject pada kawasan lower trendline di zone 1.0878. Pada minggu ini price seperti ingin melakukan pull backs semula. Minggu depan bagi Channel Trendline saya lebih kepada Bullish Sentiment.

Support & Resistance Zone

Gambar Rajah 1.3 (Support & Resistant)

Pada minggu ini, pasaran eur/usd sekali lagi telah melakukan rejection pada kawasan BRN di level 1.0900. Kawsan 1.0900 juga merupakan kawasan Major Support sebelum ini dan kini price sekali lagi melakukan rejection dengan mencatat 99 pips rejection pada lower price sehingga price tutup pada level 1.0977 pada minggu ini. Sentiment pada minggu depan menunjukkan bahawa price berkemungkinan akan cuba untuk melakukan pull back ke kawasan resistance kedua. Minggu depan saya lebih kepada Bullish Sentiment.

Candlestick

Gambar Rajah 1.4 (Candlestick)

Pada minggu ini, seperti gambar rajah di atas, menunjukkan bahawa candlestick closed sebagai Bullish Hammer Candlestick. Bullish Hammer Candlestick merupakan tanda reversal signal bagi trend bullish. Price telah melakukan rejection terbesar pada minggu ini sebanyak 99 pips dan shadow candlestick lebih panjang berbanding body candlestick pada minggu ini. Minggu depan saya lebih kepada sentiment Bullish bagi Eur/Usd.

ANALISISKEPUTUSAN
TRENDLINEBULLISH
S & RBULLISH
CANDLESTICKBULLISH

Jadual 1.4.1 (Candlestick)

Time Frame: Daily

Bagi daily frame pula, saya hanya akan melakukan analisis bagi support & resistance level pada minggu ini.

Support & Resistance Zone

Gambar Rajah 1.5 (Support & Resistant)

Sepanjang minggu ini, price telah mencipta zone terbaru support sepanjang hari isnin sehingga hari jumaat minggu ini. Pada zone support terbaru iaitu pada level BRN 1.0900 buyer mula mengambil alih pasaran dengan melakukan pullback semula pada minggu ini di mana price telah ditolak ke atas pada zone support sebelum ini pada zone level 1.0970. Adakah price akan mencipta zone resistance terbaru pada level 1.0970 ini atau akan meneruskan pendakian ke level zone resistance di level 1.1150? Minggu depan saya lebih kepada Neutral bagi Eur/Usd

Kesimpulan

Jika kita bandingkan kedua-dua time frame iaitu time frame weekly dan time frame daily, kedua-dua mempunyai analisis yang berlainan di mana pada weekly time frame, price menunjukkan akan melakukan pendakiannya pada Major BRN 1.1000 manakala pada daily time frame pula price menunjukkan akan melakukan penurunan semula pada dengan mencipta zone terbaru resistance level yang sebelum ini merupakan zone support pada kawasan 1.0970. Secara keseluruhan saya lebih kepada bullish sentiment pada minggu ini dan minor kepada daily timeframe adalah lebih kepada retracement sementara sebelum price melakukan pullback semula mengikuti major trend di weekly time frame.

Bagi anda yang ingin mengetahui bagaimana menjadi seorang Forex Trader, pastikan anda mengikuti perkembangan semasa di laman web forex4pro.my. Jangan lupa tekan butang share di bawah ini ya. Pastikan anda share agar bermanfaat kepada semua trader di luar sana.

Leave a Reply

avatar
  Subscribe  
Notify of
TUTUP SEMULA

Dapatkan Tip-Tip Percuma Sekarang!

Join Telegram Group Forex4Pro

Dapatkan Tip-Tip Percuma Sekarang!

Join Telegram Group Forex4Pro